Posts

Showing posts from 2011

ujian dari ALLAH SWT

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah; 1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90) 2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27) 3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8) 4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17) 5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155) 6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15) 7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6) 8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49) 9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16) 10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

ragam ramadhan

Ramadhan seluruhnya kebaikan, siangnya berpuasa dan qiyamullail (terawih) di malam harinya, sementara infaq yang dilakukan di Ramadhan bagaikan infaq fi sabilillah demikianlah ucapan Umar Ibnul Khattab ra. ketika Ramadhan datang. Setiap muslim seharusnya mencontoh sunnnah khulafa'ir Rasyidin dalam menyambut kedatangan Ramadhan; yaitu dengan menyiapkan jiwa dan membersihkan hati, hati yang berbunga-bunga, berdo’a dan saling berucap selamat . Imam Suyuthi berkata; Al-Asfahaniy di dalam Targhib nya meriwayatkan hadits dari Salman Al-Farisi, dia berkata, "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari terakhir dari bulan Sya’ban. Beliau bersabda, 'Wahai manusia telah datang kepadamu bulan agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam, yang nilainya lebih baik dari seribu bulan …….'.” Ibnu Rajab (795 H) berkata, "Hadits ini adalah dasar hukum bagi ucapan selamat atas kehadiran bulan Ramadhan." S...

A Truly Friendship

Image
WORLD FRIENDS WEEK They love you but, they are not your lover. They care for you but, they are not from your family. They are ready to share your pain but, they are not in your blood relation. They are friends..!! A True friend Scolds like a Dad..! . Cares like a Mom..! . Teases like a Sister..! . Irritates like a Brother.. . and finally loves you more than a lover. . Dedicated to all good friends…!!

Kelebihan Ramadan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini. Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) d...