Posts

Showing posts from 2021

Cerminan Iman dan Refleksi Diri

Ilmu amatlah penting dalam hidup kita. Kata Pujangga, "Ilmu adalah Pelita Hidup". Allah SWT telah menurunkan Surah Al-Alaq  Ayat 1 sehingga 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang  pertama sekali  diturunkan, iaitu pada waktu Nabi Muhammad SAW di  Gua Hira '.  Antara isi Kandungan Surah ini adalah ; Perintah membaca  al-Quran ; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam (firman ) sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang  kafir  yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya. Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa ...

Pengalaman menjadi PUI semasa Wabak Covid-19 (Corona Tolong Tinggalkan kami.)

 18 Mac 2021 Detik paling menakutkan dalam hidupku. Saat salah seorang kakak di ofisku menyatakan bahawa dirinya dan anak sulung dan bongsu serta menantunya disahkan Positif Covid-19. Sejuk Kaki dan Tanganku meresap sehingga ke tulang dan akhirnya dihantar ke otak. Tiada apa yang dapat ku fikirkan melainkan selesaikan tiket ku kemapung pada 2 hari nanti. Fikiran bercelaru, Mak adalah orang yang paling penting dalam hidupku ternyata lekat didalam kotak kepala. Apa yang aku rasa, aku pun menerima nasib yang sama seperti kakak dan keluarganya.  Takut, ya memang takut, Allah sahaja yang tahu. Tambahan lagi aku dilahirkan dengan begitu Paranoid terlebih. Apa yang aku dapat lakukan dalam hati berzikir tanpa henti. Alhamdulilah Allah permudahkan urusanku, Tiket ke kampung dapat ditukarkan dengan begitu mudah sekali. Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, Dr Faizal (Dr yang bertugas untuk Kes kakak di ofis) menelefon. Kencang jantungku. DUPPPP DAAAPPPP DUUUPPP DAPPPPP Beliau memberitah...