Ada Apa Pada Nama...
HakyM Junaidi... Nama merupakan identiti yang kita bawa sejak dilahirkan ke dunia sehinggalah meninggalkannya..Nama merupaka aset yang penting dalam mengenali seseorang.Tanpa nama kita mungkin tidak dapat mengenal pasti identiti seseorang itu dengan baik.Hal ini kerana kita tiada medium yang dapat digunakan untuk digunakan untuk melabelkan seseorang.Nama ini juga merupakan standard yang akan melabelkan identiti seseorang itu. Sungguhpun begitu, Manusia pada hari ini lebih gemar menggunakan nama samaran atau nama timangan.Nama timangan ini boleh dikategorikan nama kampung-kampung yang diberikan oleh golongan yang lebih tua dalam keluarga.Tujuan nama ini diberikan adalah untuk menunjukkan "kemanjaan" seseorang itu dalam sesebuah keluarga itu. Nama ini mempunyai keunikkan yang tersendiri dalam melabelkan seseorang.Pelbagai perasaan akan wujud melalui nama ini, seseorang itu akan ketawa, sedih, marah dan sebagainya. Namun timbul persoalan, sampai tahap mana...