Posts

Showing posts from July, 2014

Liku Hidup Tiada Siapa Tahu

Hidup umpama jalan raya yang panjang tiada penghujungnya. Penuh dengan simpang siur dan lorong-lorong kecil yang terbuka untuk menerima kehadiran kita didalamnya.Setiap Corong lorong yang bersimpang siur itu mempunyai ceritanya sendiri tanpa kita ketahui dan ianya menjadi rahsia abadi. Allah mencipta kita padat dengan kisah hidup yang mencabar dan terpulang kepada kita untuk hadapi semua itu. Hal ini melahirkan manusia yang mempunyai pelbagai ragam yang sukar untuk difahami dan dimengerti. Masing-masing mempunyai ego yang tebal dan merasakan dirinya yang terAgung sehinggakan lupa destinasi perjalanan yang memasuki lorong2 kecil dan mempunyai 1001kisah itu bakal menemui garisan penamatnya jua. Ketika itu baru kita faham nilai kehidupan yang sepatutnya digunakan dengan betul dan bukannya untuk disia-siakan. Salam Jumaat yang terakhir ya Ramadhan... Bakal merinduimu ya Ramadhan..Jangan lupa untuk singgah dalam hari-hari kami lagi ya. Amin ya Allah.

NOTHING Masih,Segar dalam ingatan!

Sebagai orang yang lebih banyak makan garam anda tidak sepatutnya bersifat seperti lalang... Fahami situasi dan punca kepada perkara yang berlaku d sekitar anda dengan lebih teliti. Jangan gunakan kuasa senioriti anda dalam dunia ini untuk menghukum orang yang lbh kurang makan garam..jangan biarkan respek kami hilang.Semua orang ingin dilihat baik dan yang jahat tiada sapa ingin tunjuki tapi ingat jangan pernah nilai buku daripada kulitnya kerana kita tidak tahu isinya mcm mana dan jangan nilai manusia daripada pakaiannya sedangkan dalaman lebih teruk daripada yahudi yang tidak henti-henti memerangi Bumi Gaza...sekadar renungan... "NOTHING,NOTHING N NOTHING"

Ramadhan ke Sepuluh

Ramadhan adalah bulan yang mulia. Namun persoalannya adakah manusia sekarang faham akan kemuliaan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah ini? Jika benarlah mereka tahu kemuliaan bulan ini sudah pasti mereka tahu akan larangan yang ada pada bulan ini. Manusia tidak akan melakukan perkara yang mereka rasakan tidak wajar untuk mereka lakukan. Peringatan ini bukan untuk mendidik orang lain tentang agama. Ianya hanyalah sekadar panduan diri sendiri untuk terus bangun dalam menegakkan kesuciaan Islam. Sesungguhnya saya bangga dilahirkan menjadi sebagai seorang yang beragama Islam. Alhamdulilah...

Dunia kerjaya

Ramai orang ingat dunia kerjaya itu mudah namun kta semua lupa dalam dunia inilah kita berjumpa dengan penuh penipuan dunia.masing-masing mempunyai ego sendori.tidak mahu mengalah tidak mahu tunduk ke rumpun bumi..Apa-apa pun sebagai insan yang baru bertatih dalam dunia kerjaya ini aku hanya mampu diam dan terus diam disamping menonton sahaja cerekarama manusia yang ada di atas... Bila ada di atas jangan terlampau mendongak langit kerana apa takut2 kita lupa untuk tunduk ke rumpun bumi..