Pengalaman menjadi PUI semasa Wabak Covid-19 (Corona Tolong Tinggalkan kami.)
18 Mac 2021 Detik paling menakutkan dalam hidupku. Saat salah seorang kakak di ofisku menyatakan bahawa dirinya dan anak sulung dan bongsu serta menantunya disahkan Positif Covid-19. Sejuk Kaki dan Tanganku meresap sehingga ke tulang dan akhirnya dihantar ke otak. Tiada apa yang dapat ku fikirkan melainkan selesaikan tiket ku kemapung pada 2 hari nanti. Fikiran bercelaru, Mak adalah orang yang paling penting dalam hidupku ternyata lekat didalam kotak kepala. Apa yang aku rasa, aku pun menerima nasib yang sama seperti kakak dan keluarganya. Takut, ya memang takut, Allah sahaja yang tahu. Tambahan lagi aku dilahirkan dengan begitu Paranoid terlebih. Apa yang aku dapat lakukan dalam hati berzikir tanpa henti. Alhamdulilah Allah permudahkan urusanku, Tiket ke kampung dapat ditukarkan dengan begitu mudah sekali. Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, Dr Faizal (Dr yang bertugas untuk Kes kakak di ofis) menelefon. Kencang jantungku. DUPPPP DAAAPPPP DUUUPPP DAPPPPP Beliau memberitah...