Posts

Merentasi Laut China Selatan: Bukan Sekadar Perjalanan, Tapi Amanah yang Dipikul

Image
Orang kata aku beruntung. "Bestnya kerja kau, asyik travel je. Seronok kan dapat jalan-jalan atas tiket kerja?" Aku hanya senyum. Tidak menafikan — ya, benar, aku pernah berdiri di pantai-pantai asing sambil menikmati matahari terbenam, menaiki pesawat sebelum fajar menyingsing, dan menikmati kopi di bandar yang sebelumnya hanya kulihat dalam peta. Tapi yang mereka tidak tahu — setiap langkah itu diiringi beban yang tidak selalu ringan. Setiap kali aku mengharungi Laut China Selatan — dari Kuching ke Kuala Lumpur, dari satu destinasi ke satu lagi — aku tidak bawa sekadar bagasi pakaian. Aku membawa tanggungjawab. Aku membawa amanah organisasi, harapan pasukan, dan tekanan untuk menyampaikan hasil yang bukan sekadar cukup, tetapi bermakna. Kadang-kadang, penatnya bukan pada badan. Tapi pada jiwa. Tidur tak menentu, makan sekadar sempat, berfikir tanpa henti. Di saat orang lain menikmati waktu malam di hotel, aku masih merangka ayat, menyusun strategi, atau menghubungi pasukan ...

Bila Kawan Jadi Cinta, Tapi Cinta Tak Jadi Nyata

 Ada satu jenis cinta yang tidak bermula dengan niat, tidak lahir dari pandangan pertama, tidak dirancang seperti dalam drama atau novel cinta yang indah. Cinta ini tumbuh perlahan, di antara gurauan dan cerita lewat malam, di antara panggilan tanpa sebab dan mesej “kau okay hari ini?” di antara kopi yang dikongsi, dan pandangan yang tak sengaja lama bertaut. Aku dan dia, pada asalnya cuma dua insan yang ditakdirkan bertemu. Bukan untuk jatuh cinta — tetapi untuk saling menemani. Kami tahu terlalu banyak rahsia masing-masing. Dia tahu bagaimana suara aku bila kecewa, aku tahu caranya menenangkan orang hanya dengan diamnya. Kami selesa. Kami sekepala. Kami serasi. Tapi lama-kelamaan, aku mula merasa sesuatu yang lain. Jantung ini berdegup aneh setiap kali dia menyebut namaku. Ada rindu yang tumbuh tanpa aku pinta, ada rasa yang makin jelas setiap kali dia melangkah pergi. Dan itulah detik paling menakutkan — bila kau sedar, kau jatuh cinta pada sahabat sendiri. Aku pendam rasa itu b...

Ibu Bapa: Cermin Kehidupan dan Titik Ujian Seorang Anak

Dalam kehidupan, tidak semua jalan dibentangkan dengan bunga. Tidak semua ibu bapa hadir dengan sempurna. Namun, walau bagaimana sekalipun perjalanan itu, ada satu amanah yang kekal tidak berubah —  tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” Ayat ini tidak bersyarat — tidak menyatakan “sekiranya ibu bapa baik”, atau “jika mereka adil”. Ia adalah perintah mutlak. Kita dituntut  menghormati, menuruti, melayani, dan mengasihi  mereka, selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak. Itulah ujian sebenar iman dan akhlak. Namun, hari ini kita melihat anak-anak yang jauh dari nilai ini. Ada yang mendendam, membenci, bahkan memutuskan hubungan atas alasan "aku tidak dilayan adil sejak kecil", "aku tidak pernah disayangi seperti adik-beradik lain", atau "ak...

Cerminan Iman dan Refleksi Diri

Ilmu amatlah penting dalam hidup kita. Kata Pujangga, "Ilmu adalah Pelita Hidup". Allah SWT telah menurunkan Surah Al-Alaq  Ayat 1 sehingga 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang  pertama sekali  diturunkan, iaitu pada waktu Nabi Muhammad SAW di  Gua Hira '.  Antara isi Kandungan Surah ini adalah ; Perintah membaca  al-Quran ; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam (firman ) sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang  kafir  yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya. Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa ...

Pengalaman menjadi PUI semasa Wabak Covid-19 (Corona Tolong Tinggalkan kami.)

 18 Mac 2021 Detik paling menakutkan dalam hidupku. Saat salah seorang kakak di ofisku menyatakan bahawa dirinya dan anak sulung dan bongsu serta menantunya disahkan Positif Covid-19. Sejuk Kaki dan Tanganku meresap sehingga ke tulang dan akhirnya dihantar ke otak. Tiada apa yang dapat ku fikirkan melainkan selesaikan tiket ku kemapung pada 2 hari nanti. Fikiran bercelaru, Mak adalah orang yang paling penting dalam hidupku ternyata lekat didalam kotak kepala. Apa yang aku rasa, aku pun menerima nasib yang sama seperti kakak dan keluarganya.  Takut, ya memang takut, Allah sahaja yang tahu. Tambahan lagi aku dilahirkan dengan begitu Paranoid terlebih. Apa yang aku dapat lakukan dalam hati berzikir tanpa henti. Alhamdulilah Allah permudahkan urusanku, Tiket ke kampung dapat ditukarkan dengan begitu mudah sekali. Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, Dr Faizal (Dr yang bertugas untuk Kes kakak di ofis) menelefon. Kencang jantungku. DUPPPP DAAAPPPP DUUUPPP DAPPPPP Beliau memberitah...

Inilah masanya 2020

2020 hampir melabuhkan tirainya. Manisnya tidaklah seperti apa yang digambarkan tika kecil. Permulaan tahun yang sukar dan memenatkan. Manusia berlari, Manusia sembunyi, Manusia berjaga-jaga. Semuanya di tahun 2020. Iya, pasti tika ini akan menjadi satu bab dalam buku sejarah mungkin dalam jangka masa 10 ke 15 tahun lagi. Begitu juga apa yang terjadi kepada ku kini. Bakal menjadi sejarah agung yang sentiasa terpahat dan lekat dalam sanubari dan darah dagingku. Darah daging? satu Konotasi yang rapat dengan kita. Mungkin satu kelompok mendapat darah daging yang sebati, mungkin pula ada yang mendapat darah daging yang berduri. Sedap nampak di luar tetapi menusuk ke tajam ke dalam lelangit dan perit untuk di telan.  Ujian demi ujian Pencipta berikan kepada diri ini. Bukan tidak mahu atau tidak mengerti apa itu Redha, tetapi ada kalanya kita terfikir sampai bila kita diuji.     Allah berfirman,  "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesud...

Pernahkah ?

P ernahkah kita terfikir Pernahkah kita terduduk Pernahkah kita mengimbas Pernahkah? Kenapa Allah turunkan AZAB? Kenapa Allah Tak sayang kita lagi? Kenapa Allah Tak mahu dengar doa kita? Kenapa? Saat musibah datang dalam hidup kita 2 persoalan asas yang akan kita tanya 2 perkara yang kita persoal 2 perkara yang kita tahu sebab dan punca 2 Perkara. Sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari melakukan silap Kita sering menjadi Jahil Kita cepat berubah Kita pantas menyesali apa yang kita lakukan Tapi Kita tidak pernah mahu Kita Keras Kita Selesa Kita Bahagia Kita Lupa tanpa kita sedari apa yang pernah kita lalui dan hadapi mesti bermula dengan Pernahkah.