Pengalaman menjadi PUI semasa Wabak Covid-19 (Corona Tolong Tinggalkan kami.)
18 Mac 2021
Detik paling menakutkan dalam hidupku. Saat salah seorang kakak di ofisku menyatakan bahawa dirinya dan anak sulung dan bongsu serta menantunya disahkan Positif Covid-19.
Sejuk Kaki dan Tanganku meresap sehingga ke tulang dan akhirnya dihantar ke otak. Tiada apa yang dapat ku fikirkan melainkan selesaikan tiket ku kemapung pada 2 hari nanti.
Fikiran bercelaru, Mak adalah orang yang paling penting dalam hidupku ternyata lekat didalam kotak kepala. Apa yang aku rasa, aku pun menerima nasib yang sama seperti kakak dan keluarganya.
Takut, ya memang takut, Allah sahaja yang tahu. Tambahan lagi aku dilahirkan dengan begitu Paranoid terlebih. Apa yang aku dapat lakukan dalam hati berzikir tanpa henti.
Alhamdulilah Allah permudahkan urusanku, Tiket ke kampung dapat ditukarkan dengan begitu mudah sekali.
Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, Dr Faizal (Dr yang bertugas untuk Kes kakak di ofis) menelefon. Kencang jantungku. DUPPPP DAAAPPPP DUUUPPP DAPPPPP
Beliau memberitahu berkenaan dengan tarikh dan masa untuk menjalani Ujian Sapu (Swab Test). Hatiku luluh. aku membayangkan, jika ujian yang sama aku peroleh apa bakal terjadi kepadaku? Ibuku? Risauu.
19 Mac 2021
Ujian Sapu
Aku datang dengan diiringi doa dan zikir. Kiri kanan semua sama. Banyak orang tua. Hati sungguh kasihan. bayangan ibuku sentiasa di kaca mata. Ada yang datang satu lori ada datang sepertiku sendiri. Masa ini tiada banyak perkara aku boleh fikirkan, ALLAH, ALLAH, dan ALLAH.
Lahir dan Batinku memikirkan adakah terdapat apa-apa simptom? Aku orangnya memang pantang membaca Simptom yang boleh menjadikan diriku terasa-rasa simptomnya dalam tubuhku.
Dalam masa yang sama, dari jauh aku lihat kelibat kakak yang sama pejabat dengan ku yang ku gelar Kak Kath. Kasihan. Hatiku menangis.
Aku lalui dengan tabah (walaupun ketakutanku berada di tahap Maksima)
Dimulakan dengan meletakkan peralatan Swab ke bahagian mulut (Rasa nak muntah woooo)
Kini, Bahagian Hidung pula. Nahhh kau sekali masukkkkkkkkk memang begoyang kaki aku, tangan aku ligat nak menarik tangan Dr yang bertugas. Bila dan masuk dalam, sempat lagi dia Goyang-goyang. Nyilu!!!
Ahhhh, At Last ianya dilepaskan! Lega.
Kini bermula lah Musim Paranoid aku menjadi-jadi!
bukan apa, banyak dengar cerita orang KKM akan call once Keputusan kita Positif! Setiap saat berdoa. entah kenapa kerisauan aku masa ini terlalu menjadi. mungkin kehadiran ibuku disini memberi kesan kepada diriku. Aku tidak rela/mahu apa-apa yang tidak diingin berlaku keatas ibuku. aku tidak mahu!
KKM call, Hatiku berdegup kencang, rupanya pegawainya ingin menyerahkan Gelang Putih yang menjadi simbolik kepada hari penahanan aku di rumah.
Akhir hari ini, Alhamdulilah belum ada menerima sebarang panggilan dari KKM.
20 Mac 2021
Bangun awal. Hati masih risau. Teman ku masa kini hanyalah Doa dan Tawakal.
Walaupun hati ini memang ingin tahu awal perkabaran negatif seawal-awal yang mungkin tapi tetap aku berdoa jangan lah KKM hubungi aku.
Alhamdulilah, kak kath memberitahuku bahawa keputusannya negaitif aku dengan pantas memintanya memeriksa untukku dengan bantuan anakbuahnya. Alhamdulilah keputusan pertamaku Negatif!
Dan apa yang paling menarik, KKM masih tidak Call!
21 Mac 2021
Tidur ku nyenyak semalam dengan perkabaran Kak Kath.
KKM menghantar Mesej, ALHAMDULILAH Negatif!
Aku sangat rindu dengan mak. aku nak pelok mak. tapi aku tidak boleh bila memikirkan ada Ujian Sapu yang ke-2 bakal aku tempuhi.
Aku harus bersabar.
24 Mac 2021
Hari Ujian Sapu buat kali ke-2! Tekak rasa perit, badan rasa berat(Makan tak berhenti kot) Aku gagahi.
Alhamdulilah dipermudahkan. Urusan berlangsung dengan cepat.
25 Mac 2021
KKPJ (Klinik tempat aku menjalani Ujian Sapu) menelefonku.
Ya Allah ketika itu, hatiku jatuh dari tingkat 18. Kaki dan Tanganku seram sejuk dengan tidak semena-mena. Ujian apa ini ya Allah.
Aku cuba tenang. Aku sangat bersyukur disekeliling aku wujudnya manusia positif seperti Mak, Kawan Baik aku dan keluarga.
Semua orang aku call. rasa tenang itu kembali. Alhamdulilah.
Aku berdoa tidak habis habis. Alhamdulilah Allah bantu. Allah tahu aku lemah mental, Allah maha besar.
Sepupuku, Hazim tiba-tiba menghantar pesanan kepadaku membawa perkhabaran hari ijab kabulnya dan menjemput aku untuk datang. Aku menyatakan bahawa aku masih dalam fasa kuarantin dan tidak boleh keluar rumah. Beliau meminta nombor pengenalanku untuk memeriksa keputusan Ujian Sapu yang aku hadapi semalam.
Alhamdulilah, Keputusan ku Negatif!
Dengan tidak semena-mena Jantungku yang jatuh automatik menaik kembali. Jiwa jadi tenang kepala jadi ringan. Apa yang paling aku fikir adalah bukan diriku tapi Ibuku.
26 Mac 2021
Tepat 10.17 Pagi, KKM menghantar Pesanan dan keputusannya adalah Negatif!
Alhamdulilah ya ALLAH. in sha Allah aku tidak akan pernah lupa Nazar ku kepada-Mu ya Tuhan.
Allahuakhbar.
Begitulah Kisahku sebagai PUI bagi siri Wabak Covid-19 ini.
Pengajaran yang dapat aku kongsikan;
1. Sokongan ahli keluarga amatlah penting.
2. PUI/PUS Bukanlah satu perkara yang enteng apatah lagi bila kita disahkan sebagai salah seorang pesakit Positif Covid-19.
3.Jangan kita fikir perkara ini mudah, Ianya sangat Sukar dan Berat.
4. Belajar untuk memahami situasi orang dan bukannya menjadi Sombong dan Angkuh.
Comments
Post a Comment