Inilah masanya 2020
2020 hampir melabuhkan tirainya. Manisnya tidaklah seperti apa yang digambarkan tika kecil. Permulaan tahun yang sukar dan memenatkan. Manusia berlari, Manusia sembunyi, Manusia berjaga-jaga. Semuanya di tahun 2020. Iya, pasti tika ini akan menjadi satu bab dalam buku sejarah mungkin dalam jangka masa 10 ke 15 tahun lagi. Begitu juga apa yang terjadi kepada ku kini. Bakal menjadi sejarah agung yang sentiasa terpahat dan lekat dalam sanubari dan darah dagingku. Darah daging? satu Konotasi yang rapat dengan kita. Mungkin satu kelompok mendapat darah daging yang sebati, mungkin pula ada yang mendapat darah daging yang berduri. Sedap nampak di luar tetapi menusuk ke tajam ke dalam lelangit dan perit untuk di telan. Ujian demi ujian Pencipta berikan kepada diri ini. Bukan tidak mahu atau tidak mengerti apa itu Redha, tetapi ada kalanya kita terfikir sampai bila kita diuji. Allah berfirman, "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesud...