Inilah masanya 2020
2020 hampir melabuhkan tirainya. Manisnya tidaklah seperti apa yang digambarkan tika kecil. Permulaan tahun yang sukar dan memenatkan. Manusia berlari, Manusia sembunyi, Manusia berjaga-jaga. Semuanya di tahun 2020. Iya, pasti tika ini akan menjadi satu bab dalam buku sejarah mungkin dalam jangka masa 10 ke 15 tahun lagi. Begitu juga apa yang terjadi kepada ku kini. Bakal menjadi sejarah agung yang sentiasa terpahat dan lekat dalam sanubari dan darah dagingku.
Darah daging? satu Konotasi yang rapat dengan kita. Mungkin satu kelompok mendapat darah daging yang sebati, mungkin pula ada yang mendapat darah daging yang berduri. Sedap nampak di luar tetapi menusuk ke tajam ke dalam lelangit dan perit untuk di telan.Ujian demi ujian Pencipta berikan kepada diri ini. Bukan tidak mahu atau tidak mengerti apa itu Redha, tetapi ada kalanya kita terfikir sampai bila kita diuji.
Allah berfirman, "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS. Al-Insyirah: 5-6).
Aku yakin dengan ujian Allah. Allah maha baik, Allah maha kaya dan Allah maha penyayang.
Manusia dicipta dengan Hati, Kerana Allah tahu bahawa manusia banyak menggunakan hati berbanding akalnya. Iya benar. Jika tidak, Bakal Neraka ciptaan Allah akan kosong jika semua manusia baik dimuka bumi. Ini bukti setiap yang terjadi pasti ada sebab musabab.Kini masa aku untuk fikirkan diri sendiri, bukan maksud untuk "Selfish" tetapi diri ini sudah penat. Sudah penat ditindas, Sudah penat ditipu, Sudah penat dipergunakan dan Sudah Penat.Allah pasti memberik sesuatu ganjarang yang berbaloi kepada hambanya. Siapa yang tidak mahu ada keluarga bahagia, Keluarga Sakinah, bersama di Syurga Firdaus. Diri ini hanya mampu berdoa agar keadaan pulih seperti sedia kala. Sebelum pusat tertanam ke bumi.Lillahi aku rindu. Aku rindu Aku Ingin keadaan yang tidak pernah aku rasa dari kecil.
Comments
Post a Comment