Cerminan Iman dan Refleksi Diri
Ilmu amatlah penting dalam hidup kita. Kata Pujangga, "Ilmu adalah Pelita Hidup". Allah SWT telah menurunkan Surah Al-Alaq Ayat 1 sehingga 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu pada waktu Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'.
Antara isi Kandungan Surah ini adalah ;
- Perintah membaca al-Quran;
- manusia dijadikan dari segumpal darah;
- Allah menjadikan kalam (firman ) sebagai alat mengembangkan pengetahuan;
- manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup;
- ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.
Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup. (Dipetik dari Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-‘Alaq)
Fenomena kini cukup menjelaskan begitu tinggi Ilmu Pengetahuan yang kita ada, setinggi itu jugalah Kesombongan dan Keegoaan yang Syaitan sediakan untuk kita sehingga hilangnya Hormat Anak kepada orang tua, Lupusnya rasa gerun dan sayang dari pelajar kepada Guru dan Bangganya seorang hamba meninggalkan suruhan Pencipta-Nya.
Dugaan dan Ujian yang hadir hari ini adalah peringatan daripada Nya mengenai kejayaan dan kebahagiaan yang kita kecapi hari ini akan lupus sekelip mata dengan Kehendak-Nya. Tapi manusia masih tidak mahu mengerti.
Ilmu yang mereka miliki dijadikan penanda aras kepada perbezaan mereka dengan yang lain. Tenaga pengajar tidak lagi dibanggakan malah dirasakan kurang bermakna dalam kehidupan hari ini. Tanpa tenaga pengajar, Kejayaan masih boleh dikecapi.
Bebanan Pelajar kini merupakan bebanan yang paling berat. Guru tidak mengerti, tiada perikemanusian dan punca mereka Mati. Ibu bapa menjadi Galau bila perkara yang tidak diigini berlaku kepada anak mereka. Pendarahan Otak, Guru Salah, Anak mereka Bunuh Diri, Guru Salah, Anak mereka, Guru gagal memberikan ilmu. Jadi, Anak mereka kurang Adab siapa pulak Salah? Guru juga?
Memang mudah untuk menunding jari kepada orang lain tanpa memikirkan kelemahan dan kesilapan diri. Hal ini menjadi kegemaran semua orang sebab kita boleh lari dari mengetahui kelemahan diri. Sebab memang sifat manusia, sering merasa betul dan tidak pernah merasa salah.
Dalam hal ini, 3 komponen perlu bertoleransi antara satu sama lain. Siapa mereka? Ibu Bapa, Para Pelajar dan Guru.
Ibu Bapa adalah cerminan kepada anak-anak. Ya, memang iman tidak dapat diwarisi akan tetapi, ianya perlu dipupuk supaya boleh diwarisi. Berhenti menunding jari kepada orang lain jika anak anda tidak menjadi seperti yang anda impikan. Fikir dimana silapnya dan perbetulkan. Jangan biarkan anak menjadi Tuan kepada diri anda. Merekalah yang akan meneruskan usaha anda selama ini bila sampai masanya nanti.
Pelajar, Harus mengerti kehidupan ini perlu dilalui secara berperingkat. Nikmati setiap peringkat yang anda lalui. Syukuri nikmatnya dan hindari perkara yang memudarat dan merugikan masa anda. Hormatilah orang yang lebih tua dan hargai perhatian mereka kerana jika anda merasakan anda terbeban dan hidup dalam kesusahan bagaimana pula rakan anda yang tidak bernasib seperti anda.
Guru, Terima kasih dengan setiap penat lelah anda. Berilah sedikit kelonggaran kepada diri anda dan fahami konsep bertindak dalam kapasiti yang anda boleh. Hargai setiap cabaran yang anda lalui dan pastinya nanti ianya menjadi kenangan terindah yang tidak pernah anda fikirkan untuk kecapi.
Comments
Post a Comment