Liku Hidup Tiada Siapa Tahu

Hidup umpama jalan raya yang panjang tiada penghujungnya. Penuh dengan simpang siur dan lorong-lorong kecil yang terbuka untuk menerima kehadiran kita didalamnya.Setiap Corong lorong yang bersimpang siur itu mempunyai ceritanya sendiri tanpa kita ketahui dan ianya menjadi rahsia abadi.
Allah mencipta kita padat dengan kisah hidup yang mencabar dan terpulang kepada kita untuk hadapi semua itu. Hal ini melahirkan manusia yang mempunyai pelbagai ragam yang sukar untuk difahami dan dimengerti. Masing-masing mempunyai ego yang tebal dan merasakan dirinya yang terAgung sehinggakan lupa destinasi perjalanan yang memasuki lorong2 kecil dan mempunyai 1001kisah itu bakal menemui garisan penamatnya jua. Ketika itu baru kita faham nilai kehidupan yang sepatutnya digunakan dengan betul dan bukannya untuk disia-siakan. Salam Jumaat yang terakhir ya Ramadhan... Bakal merinduimu ya Ramadhan..Jangan lupa untuk singgah dalam hari-hari kami lagi ya. Amin ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Kawan Jadi Cinta, Tapi Cinta Tak Jadi Nyata

Pernahkah ?

Merentasi Laut China Selatan: Bukan Sekadar Perjalanan, Tapi Amanah yang Dipikul