Ada Apa Pada Nama...
HakyM Junaidi...

Nama merupakan identiti yang kita bawa sejak dilahirkan ke dunia sehinggalah meninggalkannya..Nama merupaka aset yang penting dalam mengenali seseorang.Tanpa nama kita mungkin tidak dapat mengenal pasti identiti seseorang itu dengan baik.Hal ini kerana kita tiada medium yang dapat digunakan untuk digunakan untuk melabelkan seseorang.Nama ini juga merupakan standard yang akan melabelkan identiti seseorang itu.
Sungguhpun begitu,
Manusia pada hari ini lebih gemar menggunakan nama samaran atau nama timangan.Nama timangan ini boleh dikategorikan nama kampung-kampung yang diberikan oleh golongan yang lebih tua dalam keluarga.Tujuan nama ini diberikan adalah untuk menunjukkan "kemanjaan" seseorang itu dalam sesebuah keluarga itu. Nama ini mempunyai keunikkan yang tersendiri dalam melabelkan seseorang.Pelbagai perasaan akan wujud melalui nama ini, seseorang itu akan ketawa, sedih, marah dan sebagainya. Namun timbul persoalan, sampai tahap mana nama ini boleh bertahan?Dan sampai mana jugakah nama ini boleh membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya? kedua-dua persoalan ini akan terjawab sekiranya kita mendalami tujuan sebenar nama itu diberikan kepadanya.
Kendatipun begitu,
Apa yang penulis lihat dan faham melalui pemberian nama samaran ini adalah satu yang boleh menyebabkan seseorang individu itu merasa malu apabila sampai kesatu tahap yang beliau capai.Hal ini kerana nama-nama samaran yang mereka dapat itu mungkin memalukan diri mereka sendiri.Mungkin nampak "clisye" tapi inilah hakikatnya.Apa yang kita perlu faham adalah tujuan nama ini diberikan kepada seseorang itu?
Dan,
apa yang pasti tidak salah sekiranya seseorng itu mempunyai nama samaran kerana itu adalah hak masing-masing dan bonus bagi seseorang yang mempunyai nama samaran.Hal ini kerana, tidak semua orang mempunyai nama yang unik dan indah sebegitu.Kerana diri anda berhargalah, anda mempunyai nama SAMARAN..
P/S : PENULIS HANYA SEORANG INDIVIDU YANG BARU BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA PENULISAN BLOG ANDAI BANYAK KESILAPAN MAAFKAN YER..DAN PENULIS AMAT MENGHARGAI DAN MEMERLUKAN KHIDMAT NASIHAT PAKAR BLOG SEMUA...TQ...
Comments
Post a Comment